Sunday, February 21, 2010

Sling...gendong..









Hmm..aku rasa tak terlambat rasanyer nak entrykan gambar2 si Najla yang digendong oleh mama ngan Sidah. Gambar2 nie aku snap masa bln Dec.tahun lepas, alkisahnyer si Najla merengek2,sudahnyer mama bwk dia bersiar2 kat depan rumah tu. Si Sidah pun tak melepaskan peluang mengendong anak sedaranyer nie sekali. Mama kata masa aku ketika kecik dulu memang selalu mama gendong,mama kata sampai tertidur2 aku dlm gendongan tu..Syok gaknyer ekk..Kain gendong mestilah kain batik lepas jawa,sebab kata mama kain nie kuat kalau diikat kat belakang. Kata mama masa zaman kecik2 dia dulu nenek pegi menoreh pun guna kaedah gendong untuk membawa anak2 kecik mereka ke kebun getah. Hmm..betapa perit orang dulu2 jaga anak, sampai nak pegi kebun getah pun bawak anak sekali. Sekarang nie kaedah gendong nie dah dipermodenkan, cara ikatan pun selamat dan mudah digunakan. Walaupun mcm tu aku belum lagi mengendongkan Najla guna kain batik nie,mcm segan pun ada..ada x ada aku bwk dia berjalan naik stroller saje hehehe..


Following are some of the advantages of "wearing" your baby (from "The Baby Book" by William and Martha Sears):


It's convenient. You can breastfeed discretely in a sling while working, getting things done around the house, shopping or eating in a restaurant. If you have a baby who wants to be held all the time, this is an easy way to meet her needs while doing other things.
It helps moms care for older siblings. Carrying your baby in a sling can give you the mobility to care for your older children.
It helps some babies to breastfeed better. Some babies, particularly those who are tense or tend to arch their backs, breastfeed better while moving. Also, babies who are slow to gain weight (for no apparent reason) have been known to gain better if carried in a sling for several hours a day, since proximity to mom encourages babies to eat more frequently.
It reduces crying and colic. A 1986 study of 99 mother-infant pairs (reported in Pediatrics) showed that carrying babies at least three hours a day reduces crying and fussing 43% during the day and 51% at night. Babies are happier because they have less need to cry, and parents enjoy their babies more as a result.
It enhances learning. Carried babies have enhanced visual and auditory alertness, and increased "quiet alertness" times. Carrying a baby promotes cognitive development and speech development, since babies are exposed to more experiences and conversations.
Carried babies are involved in their parents' world. They participate in life, rather than see it as a spectator.
Carrying your baby promotes bonding and enhances parents' feelings of competence. A higher frequency of feeding and touching stimulates mothering hormones, and frequent carrying encourages and speeds the development of a mutual reading of each other's cues.

Saturday, February 20, 2010

I got surprised....



Finally apa yang aku idam2kan dapat juga, hmm..nak tau tak apa dia? Haa.. Pasal entry semalam, pasal handphone tu,..akhirnya aku dapat jugak..Alahai..bestnyer.. Thanx to my lovely asben.. syg sgt kat abg... Tau2 je masa nak kemas katil terselit je present tu kat bawah bantal, terkejut sgt..sekali bukak handphone!! apalagi aku terus meluru lari dan terus peluk asbenku sambil kiss2 kat pipi dia..dia just sengih jer sambil layan facebook dia..wat derk..ceh!!konon2 buat2 tak tau la tu. Tah bile masa pulak dia beli tu.. Aku speechless tak tau nak kata apa tapi rasa bersalah ada gak, aku punya prinsip tak suka membebankan orang..tapi orang nak bagi kebas jelah ekk.. Kalau ikutkan hati nak Blackberry,tapi Blueberry pun oke gak support Malaysian product la katakan.. Sampai ari nie aku still malu2 lagi kat asben pasal present tu,..segan tak penah dapat hadiah yang best camni..aritu sebelum besday dia bagi kek keju, nie handphone pulak..sayang abg.. Muah!Muah!..

Friday, February 19, 2010

Mari Berjalan2..

Hurmm..semalam aku dan asben pegi jalan ke Jb, tujuan nak pegi KWSP sama nak jalan2la..kami tiba Jb pukul 1pm..Apa2 hal mesti cari makan dulu, asben ajak aku makan kat ZZ seafood..kata asben aku tmpt tu famous..asben aku order Mee Rebus Ayam..aku lak makan Nasi Ayam Penyet dgn ABC..leh tahan gakla. Pas makan kami cari masjid nak solat zohor..Afterthat baru ke KWSP. Sampai sana punyerlah ramai manusia,nasib kami dapat nombor tak jauh sgt,seb Najla princess ku sorang tu tak meragam,hepi adalah..siap menyusu lagi,nak pegi toilet,takut kerusi aku org ambik,so malu x malu aku selak jugaklah 'pon..pon' nak bagi Najla menyusu, tapi asben ada tolong cover.. Bila dah siap sume urusan asben ajak pegi Sutera Mall, kat sana saje window shopping,tak beli ape just tgk2 ajelah,sampai kat kedai nset mataku tertancap kat nset buatan malaysia CSL..kool jugak features ngan model nset tu,sebijik blackberry,cuma namanyer jer blueberry..tapi asben aku ada niat nak belikan aku sebijik..hati aku berbunga2..aku harap dapatla dia belikan,kalo boleh dapatlah dia beli time tu jugak...lawa tu,berkenan sangat nie lagipun dia ada cakap nak belikan sebijik handphone baru bagi menggantikan handphone ku yang sudah rosak speakernyer tu.. Pas usha harga, kitorg pun balik dan singgah diMcd tapi beli drivethru jer, makan dlm keta.. Tapi x puas la jalan2 kali ni kejap sangat, sebab asben aku taknak terseremapak jammed kat bandaraya nanti,ikutkan jiwa aku yang suka berjalan dan bersoping ni memang tak puas nak berjalan2 lagi..geram pun ada kat asben, dah tu aku ingat asben dok usha blueberry tu cam iya2 ingat dapatlah sebijik, hampeh.. tapi x apalah len kali aku beli jiwa dia,mana tau dapt sebijik..hehehe.

Saturday, February 13, 2010

Sakit kaki la..

Sejak 2 menjak ni,aku rasa kaki sebelah kiri aku terutama kat lutut sakit sgt sampai ke tumit2 sekali. Aku pun tak tau sakit apa ni,tapi masa check kat doctor hari tu, doctor suruh aku kurangkan pengambilan garam,gula dgn seafood. Penyakit aku nie sama dengan mama,sebab mama selalu sakit kaki camnilah, asben aku tanya kat kwn tempat dia keje kat hospital Kulai tu,kwn dia kata tu tanda2 nak kena gout..Omg!!! mintak dijauhkanlah..so asben cakap kat aku jangan mengada2 nak makan sotong ke,udang ke lagi..MMMM..favorite aku lak tu, 2 ekor benda alah tu.. Kemarin dah pegi urut satu badan pun masih tak baik2. So,aku nak try foot patch detox yang Rin jual tu..manalah tau toxin byk dlm badan ni..Sakit kaki ni jadik time aku buat keje2 rumah yang banyak berdiri dgn lepas bangun tido,perghh..memang bisa tumit2 aku ni..Aku tanya kat kakak ipar aku dia kata mungkin badan aku dah naik jd kaki tak dapat menampung berat badan kot..Bile di fikir2 ye tak iye jugak ekk..Oh!no..


Arthritis

Pengenalan

Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.

Jenis-jenis arthritis adalah:

Osteoarthritis (OA)
Rheumatoid Arthritis
Infectious arthritis
Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala

Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
Kekerasan sendi.
Sakit di sekitar sendi.
Deformiti.
Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
sukar melakukan tugasan tertentu.
sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis

Peningkatan umur
Kegemukan :
di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
Keturunan:
terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
Pergerakan yang keterlaluan.
Kecederaan sendi yang teruk:
Kepatahan tulang.
Koyak pada bahagian meniscus.
kerosakan pada ligamen
Pekerjaan:
OA sendi lutut dikalangan pekerja.
OA sendi paha di kalangan petani.
Perawatan

Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit

Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat badan

Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Fisioterapi

Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman

Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:

Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
Program aerobik
Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Perlindungan sendi

- Alat bantuan berjalan

Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.
- Alat sokongan pada lutut

Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".
- "Taping" pada Tempurung lutut

Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.
- Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan

Kaedah terapi haba
Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
PEMULIHAN CARAKERJA

Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.
Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting)

Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.
Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.

Ubahsuaian kasut
Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
Pengurusan tekanan
Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.
Terapi Ubatan

Jenis-jenis terapi ubatan

Ubat makan
Suntikan dalam sendi
Ubat sapu
Lain-lain
Ubat makan

Pemberian ubatan untuk wargatua

Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.
Terapi suntikan dalam sendi

Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.

Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:

Glucocorticoids
Hyaluronan
Ubatan sapu

Topical NSAIDs
Methylsalicylate liniment (LMS)
Capsaicin
NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.
Lain-lain

Glucosamine
Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana.
Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.
[Atas]
Pilihan Pembedahan

Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.
Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:

Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.
Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, faktor-faktor berikut perlu diambil kira;

Umur pesakit.
Sendi yang terlibat.
Masa sesuai untuk pembedahan.
Kepakaran dan kemahiran yang ada.
- Pilihan pembedahan termasuk:

Arthroscopic debridement
Ligamentous reconstruction
Osteotomy
Unicompartmental arthroplasty
Total joint arthroplasty
Arthrodesis
Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.
Arthroscopic debridement

Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.
[Atas]
Ligamentous reconstruction of the knee joint

Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.
Osteotomy

Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.
Unicompartmental arthroplasty

Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.
Total joint arthroplasty

Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.
Arthrodesis

Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.
PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA

Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Happy Birthday to me..

Detik ini bertambahlah umur aku ke angka 31 tahun..issh..cam baru umur 13 tahun lak..Takperlah terima je hakikat yg aku nie dah tua..berumur, tapi pe'el childish aku tetap tak hilang camaner ekk nk bg ilang???.. Hmm..semalam suamiku terchenta men'surprised'kn aku kek keju yg aku sgt idam2kn nk mkn..sbb dah lama x pekena kek Secret Recipe tu..marvellous gak kek handmade tu..kata asben aku dia booked kek tu dgn akak tmpt keje dia. Sayang kat abang..hehehe.. Hari nie my princess tak banyak kerenah sgt,cuma baru tadi mengigau nangis,melalak..tapi bila suakan 'nenen' diamlah dia..dah 2 mlm dia tido lambat..last2 aku letak dalam buai,tak lama terus hanyut..sekarang ni aku tengah dok pikir apa jenis tanaman yg aku nak bubuh dalam farmville tu ekk.. Tadi aku buat aktiviti men'spa'kan muka asben aku..wahh bukan main seronok sampai tertido2..aku sebok kt 'kebun' time tu jugaklah dia suruh picit jerawat pulak..Takpe,sebab nilah quality time yang kami ada,selalu dia busy sgt dgn keje2nye tu. Time nie gaklah aku nak meluahkan perasaan,nk mintak itu ini..hehhehehe..take advantage..huhu..

Thursday, February 11, 2010

Tido lambat..

Sejak asben aku pasang streamyx nih..memang aku keje tido lewat aje,bukan ape time nie la waktu paling aman,sbb princess aku tu da tido..asben aku pun dah zzzzz..juga.. Walaupun siang aku on je laptop,tapi nak kata aku duduk ngadap je tak adalah jugak,busy dgn tugas2 housewife la..si kecik tu bukan tau duduk diam, ada je dia nak ngacau ibu dia nih,sampaikan kawan2 fb aku perasan yang aku nih dok layan fb jer,padahal diorg tak tau aku ke hulu-hilir wat keje rumah..tapi kekdg cilok2 gak la berfb..sempat2kan..siap berkebun lagi tau kt farmville tuh..hehehe..Ha..nih baru lepas tidokan budak notty tu,baru la dapat taip blog aku yang dah makan hari nih,berlapuk2 lama x wat housekeeping..HMM..okelah mata pun dah berat ingat nak tido dulu la..goodnite.

Friday, February 5, 2010

Flu..Sakitnye kepala ku..

Dah 2 hari aku kene selesema..Sungguh tak selesa.. kepala sakit..idung tersumbat.. Aku dah mkn panadol x okeh jugak..Pastu aku beli ubt kt farmasi. Lambat pulak effectnye..sbb aku mintak ubat yg x mengantuk ngan yg selamat utk wanita breastfeeding.Hmm..mahal pulak 1 strip tu 5 bijik rm 8.. tp okeh la dr x ada.. Dah 2 ari aku x kiss my princess..Yela kan menjangkit lak..Dah tmbh 1 lg poblem..dahlah dia susah nk mkn ubat.. Xpela..Ujian dari Allah nk cuci dosa2..terima ajelah.

Wednesday, February 3, 2010

I'm back..

Hmm..Lama x post ape2 kt blog nie..Bz saje..HEHEHE..Skrg pun ngah dlm proses nk wat renovate blog nie biar nmpk ceria dan cute..Yelah sbb blog ni didedikasi buat my 'lil daughter tu..Smbil blajar2 download template atau background yg chantek2 gitu.. Memandangkn aku masih freshie dlm dunia blogging jd reka letak jd bersepah2..Hehe.. Ok la, rasanye ni je post utk kali nie..My princess mau tdo..Haii..Cmani la kalo dah jd mak org yer..Bz 24/7 saje.. Alamak..Tgkla smpi lupa nk wish HAPPY NEW YEAR 2010..semoga tahun ini dan seterusnya diberkati dan dipermudahkn Allah jalan kejayaan dan bertambah2 rezeki yg halal..amin...InsyaAllah..